Tak tahu nak tulis apa sbb buat masa skng nih tengah tension ngan makmal komputer… grrr!! itu tolak ke tepi dulu… entri kali ni aku nak war-warkan satu contest yg di anjurkan oleh bro azizwan…
Jom sertai Contest Lekat & Menang yang dianjurkan di www.azizwan.com adalah tema contest kali ini.. bro azizwan dah tetapkan syarat utama untuk sertai contest kali ini adalah umur blog korang mestilah lebih dari 2 bulan, rasionalnya untuk mengelakkan korang buat blog baru hanya semata-mata nak sertai contest ini, selepas itu tinggalkan blog korang itu sampai hidup segan mati tak mahu. Syarat yang kedua pula, entri ini hendaklah/mestilah dijadikan sebagai “sticky post” untuk 48 jam (2 hari) tapi kalau lebih dari itu pun tak menjadi masalah, lebih afdal kata bro azizwan..
Manakala syarat lain untuk sertainya amat mudah, hanya buat entri yang mempunyai gambar di atas beserta title entri Penyertaan Contest Lekat & Menang anjuran www.azizwan.com. Isi kandungan ikut suka korang la nak tulis apa. Paling penting ada ayat Penyertaan Contest Lekat & Menang anjuran www.azizwan.com dan mesti di link kat di sini.
Syarat sudah beritahu, cara nak sertai pun dah… ni aku tak bagitahu tarikh tutup contest ini. Dengan ini, aku memaklumkan yang contest ini akan tamat pada 13. Januari 2010 tepat jam 11.59pm. Confirmed! Cara memilih pemenang pula berdasarkan “lucky draw” atau dalam bahasa melayunya cabutan bertuah. Hadiah untuk pemenang adalah RM 50 manakala RM 30 untuk referrer pemenang.. tak cukup?? apa kata kalau ko sponsor hadiah?? mesti best! hahahaha
lupa plak aku nak beritahu, kalau korang tahu contest ni dari blog kengkawan korang, korang tulis sekali “Saya tahu contest ni dari blog … (berikan link post penyertaan mereka)” yer. Contoh korang tau nih dari blog aku, so tulis dalam entri korang tu “saya tahu contest ini dari blog masih disini…“ Rasionalnya, kira macam win-win situation la.. kalau korang menang maka kawan korang tu pun akan menang sama. So, sama-samalah merasa menang walaupun hadiahnya tak sama.
p/s : jom ramai-ramai join… kita cuba nasib berdasarkan hidup berani untuk gagal
Popularity: 8% [?]



Pingback: Tweets that mention Penyertaan Contest Lekat & Menang anjuran www.azizwan.com -- Topsy.com
Pingback: Senarai peserta yang join Contest Lekat & Menang | World Of Mohd. Azizwan™ | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL