Debaran AJL 24

by Enche SuHaN on January 10, 2010

in Info

Debaran kian terasa, malam semakin hangat. Masa untuk Anugerah yang penuh prestij  iaitu AJL ke 24 akan berlangsung lebih kurang dari 30 minit sahaja… Siapakah yang akan menjadi juara? Lagu apa yang akan menjadi juara? semuanya penuh tanda tanya. Memandang pada tahun ini tiada pengkategorian lagu.. semuanya terus kepada Juara Lagu, tempat kedua dan seterusnya.

Pada tahun ini pihak TV3 telah mengambil satu inisiatif baru dengan menintergrasikan fungsi twitter & facebook bagi membolehkan para penonton untuk berhubung & berkomunikasi dengan lebih mudah. Untuk fungsi facebook, pihak tv3 menggunakan fungsi biasa yang sedia ada. Tetapi sebaliknya bagi twitter, di mana mereka menggunakan hashtag #AJL24 untuk menarik setiap tweet yang dihantar peminat. Para peminat juga boleh melihat anugerah penuh prestij ini secara online.

AJL24 pada tahun ini akan kembali ke format asalnya iaitu tanpa ada kategori tertentu untuk lagu terpilih. Kali ini tiada lagi juara Pop Rock, Balada dan Etnik Kreatif. Ini membuktikan muzik itu universal dan saingan untuk mendapatkan gelaran Juara Lagu lebih sengit dan terbuka. Di bawah ini adalah senarai pencalonan yang layak bertanding di peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke 24 : -

  • Aku Skandal – Hujan (komposer/penulis lirik: Noh)
  • Tak Mungkin Kerna Sayang – Alyah (komposer: Ajai, penulis lirik: Habsah Hassan)
  • Aurora – Estranged (komposer/penulis lirik: Estranged)
  • Bengang – Akim (komposer: Amir, penulis lirik: Sheikh Qalam)
  • Aku Rindu Sayang Kamu – Black (komposer/penulis lirik: Yuzai)
  • Dan Sebenarnya – Yuna (komposer/penulis lirik: Yuna, Paan, Efry, Adil)
  • Rindu Terhenti – Tomok (komposer: Aubrey Suwito, penulis lirik: Tinta)
  • Pakai Buang – Stacy (komposer/penulis lirik: Edry)
  • Kau Aku – Aizat (komposer/penulis lirik: Aizat)
  • Pergi – Aizat (komposer/penulis lirik: Pete Teo)
  • Situasi – Bunkface (komposer/penulis lirik: Sam)
  • Bencinta – Faizal Tahir (komposer: Audi Mok, penulis lirik: Faizal Tahir)
  • Cinta Adam Dan Hawa – Misha Omar (komposer: Azmeer, penulis lirik: Allahyarham Loloq)
  • Masih Jelas – Hafiz (komposer: Aidit Alfian, penulis lirik: Ad Samad
  • Lagu manakah yang akan menjadi Juara? Siapakah yang akan menang tahun ini? Marilah sama-sama kita melihatnya… Untuk info lebih lanjut sila ke laman web rasmi AJL 24.

    sumber : amanz.my, AJL 24, Bharian

    Dan Pemenangnya Adalah….

    Pemenang AJL24tempat pertama :
    Aizat – Pergi

    Pemenang AJL24 tempat kedua :
    Yuna – Dan Sebenarnya

    Pemenang AJL24 tempat ketiga :
    Faizal Tahir – Bencinta

    Pemenang AJL24 Vokal Terbaik :
    Black – Aku Rindu Sayang Kamu

    Pemenang AJL24 Persembahan Terbaik Aizat :
    Kau Aku

    Related Posts with Thumbnails

    Popularity: 11% [?]

    • http://amanz.my aman

      cepat update ngan nama pemenang. hoho~

      • nurul liyana

        pape jew ar…

        • http://intensedebate.com/people/Nasz Nasz

          kenapa apakah?

    • http://xyncaholic.blogspot.com/ sepul

      ade sket frust bunkface tak dapat persembahan terbaik..
      pape pon AJL kali nih TERBAEKKKK..hakhak..

      • http://intensedebate.com/people/Nasz Nasz

        haha.. hang kipas-susah-mati bunkface ka?? takpe at least dpt ke peringkat akhir… :D

    • http://intensedebate.com/people/denaihati denaihati

      Dunia IT bertambah maju begitu juga AJL bertambah canggih…power lah. Nak bagi tahu ni esok kita akan update contest Berani Gagal @ denaihati.com

      • http://intensedebate.com/people/Nasz Nasz

        hahaha.. tu la… zaman dah berubah, dunia dah maju… tak gitu… okeh okeh… dah update tu bagi tau la…:D

    • http://kisahcintanasilemak.blogspot.com botaq

      isssssssssssshhhhhh…………….patutnya faizal tahir menang best vokal…bukan black… black tu terlebey nyaring sore dia…
      My recent post Tips Memikat Gadis Hot

      • http://intensedebate.com/people/Nasz Nasz

        hurm.. no komen la… mgkn rezeki black taun neh.. :D

    Previous post:

    Next post: